Wednesday, March 23, 2005

Ja-un: Cerita Menyayat Hati

*Warning! Not for the faint hearted*

Pada suatu masa dahulu, tapi tak terlalu lama dahulu, tapi dah lama berlalu dah...ada sebuah rumah yang tidak terlalu usang tapi nampak usang, yang terletak di tengah-tengah kawasan perumahan XYZ. Rumah ini mempunyai sejarah yang amat menyayat hati sehingga mewujudkan pelbagai konflik dalaman (nanti awak akan faham kenapa).

Dalam rumah ini, tinggal tiga orang manusia dan seekor kucing hitam. Mereka ialah Encik Takok Saiful (Takeo Saeki), Kak Yako (Kayako) dan bebudak kecil mereka bernama Tohsiol bin Saiful (Toshio Saeki). Kucing keluarga mereka dipanggil Si Hitam. Tohsiol selalunya bermain macam budak terencat dengan Si Hitam pada masa lapangnya. Akibat telalu banyak bermain, dia selalunya akan lupa tentang makan minumnya. Oleh itu, Kak Yako akan sentiasa menengking dari sebelah sudut rumah usang itu ke sebelah lagi sudut rumah itu. Ini telah menyebabkan Encik Takok menjadi gila setelah lama mendiami rumah itu. Dia kadang kadang meminum arak sehingga mabuk pada lewat malam.

Suatu malam, Kak Yako telah membuat temu janji dengan cikgu Tohsiol. Cikgu dia mengadu bahawa Tohsiol selalu nakal-nakal dalam kelas dan selalu membuli perempuan. Dia juga pernah membuat mereka malu dengan menonjolkan 'bendanya' ke arah rakan sekelasnya. Berita ini tersebar macam angin di sekolahnya dan cikgu ini ditugaskan berjumpa dengan Kak Yako, emak Tohsiol. Bila dia sampai, rumah itu bagaikan gelap-gelita bagaikan tiada elektrik. Dengan senyapnya, dia mengetuk pintu rumah...

*tuk tuk tuk*

Cikgu: Helo, ada orang kat rumah tak?

Tiba tiba Si Hitam berlari keluar melalui celah kakinya yang sedang menggigil. Dia panik, tapi untuk sementara sahaja. Dia memasuki rumah itu...

Tohsiol: "CIKGU CIKGU!!!"

*Bulu roma cikgunya berdiri, muka jadi pucat habis macam orang menghidap anemia*
Cikgu: Eh, adik...awak punya mak kat mana? saya mahu jumpa dia.

Tohsiol: Mak kat atas...entah apa dia tengah buat...u berhati hati, ya...dia berbunyi macam orang nak lahir anak...muahaha... *dengan tenungan yang sedikit seram...*

Cikgu: Takpe, saya pergi tingkat atas jumpa dia. u pergi main dengan diri awak sendiri dulu ya?" (you all should know what that means...) "Kak Yako, Kak Yako, mana awak? Awak senang tak sekarang? Kak Yako..?

*bunyi orang macam mahu sedang beranak* (aaaakk aaaakkkkkkkk aakkaaaakkkaaaaaaaaaaaaakkaaakkkkk........aaaaakkk.......) Cikgu itu pun curious lalu memasuki bilik dari mana bunyi pelik itu datang.

Cikgu: Kak, awak tak apa ke? Mana awak? Kenapa tak pasang lampu terang-terang?

(tiba-tiba kedengaran bunyi itu lagi dari loteng dalam bilik itu yang gelap gelita...) *muncul kepala yang kotor busuk dengan rambut panjang yang kusut masai dan sedikit kerinting...mata besar Kak Yako besar terbeliak memandang kehadiran guru itu...* (dengan suara yang seram...)

Kak Yako: Apa kau nak..?

Cikgu: What the hell you doing up in the attic in such a condition??!!" (tiba-tiba pulak bercakap Inggeris...) "Gua hampir mati lu tau tak?!

Kak Yako: Sori-lah bang...gua tengah cari Si Hitam, dah-lah gelap macam ni...bebudak itu lagi nak bela kucing hitam, entah apa kena dengan dia. Takpe, nanti saya jumpa awak kat ruang tamu, awak duduk kejap ya? Tohsial...oops silap, Tohsiol akan layan awak nanti...

Cikgu itu pun pergi ke ruang tamu yang terletak berhampiran dengan tangga besar rumah itu. Tohsiol pulak selalu berlari-larian dalam rumah yang gelap itu (yang hairannya ialah kenapa dia tak langgar apa-apa dalam kegelapan...). Akhirnya dia pun layan cikgu...

Tohsiol: Cikgu, ni dia kopi hitam...

Cikgu: Oh, terima.......WTF?!! (hampir pengsan) Apasal dengan muka awak?!

Tohsiol: Oh, tadi saya terlanggar Ming Vase ibu saya, lepas tu terjatuh kat tangga, lepas tu terlanggar pintu tandas lalu terjatuh dalam jamban yang emak basuh tadi...masih ada warna pencuci "Toilet Duck" yang biru-biru tu...muka saya bengkak...sakitnya...

Cikgu: Awak selalu terminum Toilet Duck ke? Patutlah muka awak selalu biru BALKTB (malay for ROTFLOL)

(bunyi dari tangga rumah)
*keletung keletung keletung...sssssssss......keletung keletung...ssssssssss*
Cikgu: Eeee, apa bunyi tu...? Bunyi macam ular tapi bunyi macam kuda jugak...

Tohsiol: Itu bunyi emak jalan lah

Cikgu: BALKTB

Kak Yako: Apasal ketawa-ketawa ni...?

Image hosted by Photobucket.com
Picture from google.com

Cikgu: OMFG!!!!!! Siapa tu?! Dia pun jatuh dalam jamban ke?!

Tohsiol: Dia tu mak saya...dia ada sejenis penyakit-lah, dipanggil 'Asfugierioledarbuter' sejenis penyakit dari negara jiran kita...haih...apa boleh buat...

Kak Yako: Ya, betul kata dia...lagipun kedua-dua kaki saya tempang, kena merangkak ke sana sini...boring betul hidup macam ni...Alangkah baiknya kalau ayah Tohsiol ada...

Cikgu: Mana Encik Takok? Sembahyang ke?

Kak Yako: Sembahyang? Hah, bagi dia seribu tahun pun dia takkan sembahyang. Dia tu kaki botol...kaki perempuan...mungkin dia tak suka muka hodoh saya...sniff....sniff.....

Cikgu: Alah, takpe-ar...saya boleh jadi pengganti dia...kan?

*pintu besar terbuka sedikit...bayang-bayang yang panjang kelihatan dari luar rumah menjulur ke dalam rumah*

Encik Takok: Oi, kurang ajar punyer cikgu! Brani awak nak ambik gua nyer isteri comel?!

Kak Yako: Ada ke lu layan gua macam isteri comel lu?!

Encik Takok: Hoi! Gua ngah cakap ngan dia-lah $#@%

(Tohsiol memegang tangan cikgu)

Cikgu: Tohsiol, sejuk tangan kau...

(dengan muka yang pucat biru)

Tohsiol: Mestilah...kalau siapa buat ayahku marah, tanganku akan jadi sejuk...maknanya orang yang buat dia marah akan.....

Cikgu: Eh, jangan takutkan aku wei...

Tohsiol: Dia akan..........................akan minum arak sama-sama dengan dia!

Encik Takok: mari minum sama sama (muka merah hangat, jalan terhuyung-hayang)

Begitulah kisah keluarga yang sangat kesian dan kisah ini amat menyayat hati banyak orang terutamanya penduduk kampung itu...mungkinkah mereka masih hidup...atau adakah mereka masih hidup dalam kegelapan...

No comments: