Monday, March 14, 2005

Kentut

Dalam dunia yang kian mengecil ini, terdapat pelbagai bentuk dan ragam orang di muka bumi. Ada yang berbentuk bulat, ada yang berbentuk lidi, ada pula yang pelbagai bentuk LMAO Tetapi apa yang hendak di-stress-kan kat sini ialah...pelbagai sifat manusia yang dikelaskan mengikut kentut mereka. Mungkin ada di kalangan anda yang sudah melihat email tentang kentut, tapi apa jua pun, saya tetap akan refresh memori anda semula. Kita bermula dengan...

1. Orang Tidak Jujur
- orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain. Saya benci orang macam ni LMAO

2. Orang Bangang
- orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam. Tak baik tau...

3. Orang Berwawasan Luas
- orang yang tahu bila harus kentut. Adoi, janganlah awak kentut dalam bilik mesyuarat pulak. Nanti keluar bunyi 'peet peet' masa boss sedang beri huraian topik. Nak cover malu pun susah LOL

4. Orang Sengsara
- orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut. Apasal mahu kentut? Tak boleh kentut kan perkara baik? ROTFLOL/BALKTB (Bergolek Atas Lantai Ketawa Terbahak-Bahak)

5. Orang Misterious
- orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu atau akan tahu siapa yang kentut walaupun keluar bunyi atau bau sesat. Mereka akan sangka adalah bunyi atau bau objek lain.

6. Orang Gugup
- orang yang tiba-tiba menahan kentutnya apabila tiba masa nak kentut. Kesian betul...Nak kentut pun susah..aih...dunia masa kini memang tak adil...

7. Orang Yang Percaya Diri Sendiri
- orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbau harum. Kalau tak harum, maka self-esteem-nya akan turun.

8. Orang Sadis
- orang yang kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain. Saya PALING benci orang macam ni...tidak bermoral, tidak beretika dan tidak bertamadun langsung!

9. Orang Pemalu
- orang yang kentut kalau tidak berbunyi, maka akan merasa malu. Tak pernah jumpa orang pemalu sampai sebegini...

10. Orang Yang Strategik
- orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar. Sangat berkesan! Tapi ada yang guna cara batuk...pun tak salah, berkesan juga.

11. Orang Bodoh
- orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk menggantikan kentut yang keluar.

12. Orang Pelik
- orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit-sikit sampai bunyi "tit-tit-tit"

13. Orang Sombong
- orang yang sering mencium kentutnya sendiri (kentut sangat harum ke?!)

14. Orang Ramah
- orang yang senang mencium kentut orang lain. Kesian orang macam ni...selalu dapat cium kentut...nak elak pun susah

15. Orang Yang Tidak Senang Bergaul
- orang yang kalau kentut akan sembunyi entah mana

16. Orang Akuatik
- orang kalau kentut di dalam air sampai berbunyi "blekuthuk-blekuthuk"

17. Orang Atletik
- orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam. Oleh itu, saya jarang pergi kelas aerobik =p

18. Orang Jujur
- orang yang mengaku habis kentut.

19. Orang Pintar
- orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

20. Orang Malang
- orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi... (=.=")

Dengan ini saya harap saya dapat menghiburkan anda semua yang setia bersama saya.

No comments: